Wednesday, October 31, 2007

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN DI DALAM PERISIAN

Pendekatan dalam membina perisian mengambil kira teori pembelajaran untuk memastikan pembinaan dibuat dengan terancang dan bermatlamat. Teori-teori tersebut ialah Teori Behaviourisme, Teori Konstruktivisme, Teori Kognitif, Teori Andragogi dan Teori Kontekstual.

Penerangan mengenai teori-teori pembelajaran yang dinyatakan akan menyentuh aspek bagaimana ia diguna pakai dalam perisian.

a. Teori Behaviourisme

Teori behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan dilakukan secara berulang dan menjadi kebiasaan. Teori ini berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.

b. Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisme ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan idea yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman . Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik.

Pendekatan Konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti:

1. Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman sedia ada.

2. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.

3. Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.

4. Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada.

5. Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Ia berlaku apabila seorang pelajar menyedari idea-ideanya tidak konsisten atau secocok dengan penerangan saintifik.

6. Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.

c. Teori Kognitif

Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitivisme bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.

Perisian dibina dengan bermatlamat. Dengan cara ini pengguna perlu menggunakan struktur intelek untuk mengorganisasikan pengetahuan, seterusnya menghasilkan projek yang inovatif dan kreatif.

d. Teori Andragogi

Perisian dibina untuk diguna pakai oleh pelajar sama ada secara kumpulan atau bersendirian. Perisian ini bertujuan untuk memberikan satu alternatif kepada guru-guru untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran menggunakan aplikasi komputer.

Teori Andragogi dipelopori oleh Malcolm Shepherd Knowles (1913-1997).

Teori ini mengatakan bahawa golongan orang dewasa ialah terarah kendiri dan mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan keputusan yang mereka buat.

Perisian yang dibina mengambil pendekatan teori Andragogi.

Objektif setiap perisian dinyatakan dengan jelas.

Setiap kemahiran yang cuba diterap merupakan aktiviti 'hands-on'.

aktiviti di dalam perisian ini tidak berbentuk hafalan malah lebih kepada mengaitkan hubungan sebenar persekitaran dengan hasil yang diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan.

Pelajar menjalankan aktiviti dengan terarah kendiri. Menu perisian disediakan supaya pengguna atau pelajar boleh membuat pilihan pembelajaran kerana pembelajaran merupakan tanggungjawab mereka sendiri.

e. Teori Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran hanya akan berlaku jika pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang dapat dikaitkan dengan persekitaran mereka. Pelajar akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika persekitaran memberi makna dalam pembelajaran yang sedang berjalan.

Pembina akan memasukkan unsur-unsur persekitaran dalam binaan perisian supaya pengguna dapat menghubungkan pembelajaran mereka dengan persekitaran. Perisian ini menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual. Guru-guru atau pengguna akan menjalankan aktiviti membina grafik lukisan yang memerlukan pengguna menggunakan perkaitan benda hidup di persekitaran seperti pokok dan rama-rama.

Mengaitkan persekitaran tersebut akan memberi hasilan yang baik dan realistik seperti mewarnakan pokok serta rama-rama yang dilukis.

Thursday, August 2, 2007

Motivasi Keguruan

Beberapa faktor yang dapat menimbulkan motivasi kerja guru, baik yang bersifat motivator maupun faktor lainnya yang berada di lingkungan kerja guru dalam mengembangkan kurikulum yang berlaku di sekolah.

a. Tanggungjawab Terhadap Tugas

Sebagai konsekuensi atas jabatan yang diemban guru, maka seorang guru akan mempunyai sejumlah tugas yang harus- dilakukan sesuai jabatannya. Beban tugas ini berkaitan dengan kuantiti dan kualiti tugas yang diberikan guru. Dengan demikian, berat ringannya beban tugas yang ada pada guru akan mempengaruhi usaha-usahanya dalam bekerja sesuai kemampuannya.

Tanggung jawab dapat diertikan sebagai suatu tuntutan yang ada dalam diri seseorang untuk melaksanakan tugas yang menjadi kewajibannya. Guru yang bertanggung jawab terhadap tugasnya, akan selalu berusaha melaksanakan tugas-tugas yang menjadi kewajibannya dengan sebaik-baiknya dan penuh kesungguhan.

b. Minat Terhadap Tugas

Minat (interest) adalah dorongan untuk memilih suatu objek atau tidak memilih objek lain yang sejenis. Objek minat dapat berupa benda, kegiatan, jabatan atau pekerjaan, orang, dan lain- lain. Sedangkan minat diekspresikan dengan perasaan suka atau tidak suka terhadap objek.

Untuk mengetahui minat seseorang terhadap sesuatu objek dapat diketahui dengan memperhatikan apa yang ia tanyakan, apa yang ia bicarakan pada waktu-waktu tertentu, apa yang ia baca, dan apa yang ia gambar atau lukis secara spontan. Oleh karena itu, minat guru terhadap tugasnya dapat dilihat dari kerajinan dalam bekerja, mendalami tugas yang diberikan, dan menerima tugas-tugas dengan perasaan senang.

c. Penghargaan atas Tugas

Penghargaan atas suatu jabatan yang dicapai guru dalam bekerja merupakan salah satu motivasi yang mendorongnya bekerja lebih baik. Hadari Nawawi mengatakan bahawa penghargaan, penghormatan, pengakuan, serta perlakuan terhadap karyawan pendidik sebagai subyek atau manusia yang memiliki kehendak, pikiran, perasaan dan tain-lain sangat besar pengaruhnya temadap moral kerja mereka.

Adanya penghargaan terhadap tugas, dapat menyebabkan munculnya rasa cinta dan bangga terhadap tugas-tugas yang diberikan. Buat apa seseorang menjadi guru kalau dia sendiri tidak menyenangi pekerjaan itu". Meskipun, dalam kenyataannya masih sulit ditemukan seorang guru yang benar-benar bangga terhadap jabatannya sebagai guru.

Wednesday, July 11, 2007

LATIHAN INDUSTRI...PRAKTIKUM...


SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI @ PRAKTIKUM KEPADA STUDENT TM INSTITUT PERGURUAN PERLIS AMBILAN MEI/JUN 2006 ESPECIALLY KEPADA MEMBER-MEMBER DI TMA..